Tuesday, October 20, 2015

kajian gambar dan kawasan















kajian literatur

Kajian Literatur

Dalam kajian ini saya telah merujuk kepada buku woodworking for the beginer yang dikarang oleh R.J. De Christoforo . Melalui buku tersebut beliau telah mendedahkan bagaimana cara untuk menghasilkan sebuah produk daripada kayu . R.J. De Christoforo mendedahkan jenis-jenis kayu dan addiktif yang sesuai untuk penyambugan . Melalui buku ini cara ataupun addiktif yang sesuai untuk penyambungan bahagian perahu dapat dikenal pasti . Selain daripada itu juga dalam buku Tradisonal Furniture Project yang ditulis oleh The Taunton Press juga menerangkan beberapa jenis kayu dan addiktif yang sesuai . Selain itu juga , di dalam buku tersebut juga menerangkan bahan yang sesuai untuk menyalut bahagian kayu supaya tahan dengan air dan tidak mudah reput . Di samping itu juga , dalam buku yang ditulis oleh Rob Thompson yang berjudul Product and Funiture Design juga menerangkan dengan lebih lanjut berkenaan teknologi penyambungan bahan . Beliau juga ada menulis berkenaan dengan teknologi untuk proses pembuatan . Ini amat penting untuk menghasilakan sebuah perahu panjang yang lebih tahan dan lebih selamat .  
Selain daripada itu juga dalam buku yang ditulis oleh Daniel  F.Cuffaro yang bertajuk Process, Material , and Measurements juga ada menerangkan mengenai bahan-bahan untuk membuat produk . Di samping itu juga beliau ada menerangkan berkenaan beberapa proses-proses rekaan . Ini amat penting sebagai panduan untuk menghasilkan perahu panjang yang lebih bagus . Di dalm buku tersebut juga ada menerangkan tentang ergonomik dalam pembuatan produk . Ini dapat membantu supaya perahu panjang yang dihasilkan seimbang apabila digunakan dalam melawan arus yang deras .

Selain daripada itu juga,Christiane Sauer dalam bukunya yang bertajuk New Material Sourcebook for Architecture and Design telah menerangkan bahan-bahan baru untuk digunakan dalam pembuatan sesebuah produk . Melalui buku ini , kajian tentang bahan baru yang boleh digunakan dalam membuat perahu panjang dapat dilakukan . Perbandingan bahan yang sedia ada dengan bahan baru dapat dilakukan . Hal ini penting kerana bahan pembuatan mempengaruhi daya ketahanan , kualiti dan keselamatan sesuatu  produk .

proposal

                                                      
       
MEREKA CIPTA SEMULA PERAHU PANJANG SARAWAK
NAMA: ROD STEWART ANAK BRIGHT
NO. MATRIK: 43839
SUPERVISOR: Dr. Saiful Bahari Mohd Yusof

Latar Belakang Kajian
Perahu merupakan salah sebuah kenderaan yang telah digunakan sejak beratus tahun dahulu. Sehingga kini perahu masih juga digunakan sebagai satu alternatif pengangkutan. Perahu adalah satu kenderaan yang digunakan di atas air. Ia digerakan mengunakan alat yang dipanggil pendayung namun pada zaman moden ini kebanyakan pengguna perahu mengunakan enjin yang dipasang pada hujung di belakang perahu. Perahu panjang merupakan salah satu kemudahan dan kenderaan yang masih  digunakan di Sarawak. Sehingga kini tahap kepenggunaan perahu panjang di Sarawak masih pada tahap yang tinggi. Pengguna yang menggunakan perahu panjang adalah lebih kepada masyarakat yang tinggal di kawasan hulu sungai Sarawak. Ketiadaan infrastruktur seperti jalan raya membuatkan masyarakat di hulu sungai Sarawak masih menggunakan perahu panjang.
Gambar 1:Perahu panjang yang digunakan di Nanga Sumpa(sumber: google )

Penerangan Kajian                                                                             

Tahap kemalangan melibatkan pengguna perahu panjang di Sarawak semakin meningkat. Antara faktor yang menyebabkan berlakunya kemalangan adalah kerana struktur perahu yang tidak kuat. Oleh yang demikian, kajian ini dijalakan  untuk mereka cipta semula perahu panjang Sarawak supaya lebih tahan dan selamat untuk digunakan..

Keadaan geografi sungai di Sarawak pula mempunyai kawasan berbatu memerlukan perahu yang tahan apabila berlaku perlangaran . Aliran air deras memerlukan kestabilan perahu supaya sentiasa seimbang dan tidak karam . Penggunaan perahu panjang yang selamat dan mempunyai daya tahan yang tinggi amat penting bagi penduduk di hulu sungai Sarawak seperti di Kapit , Song ,Lubok Antu ,Lingga dan banyak lagi.

 Di samping itu juga,kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji cara dan struktur pembuatan perahu panjang di Sarawak. Cara dan proses pembuatan perahu amat penting kerana ia akan mempengaruhi daya kekuatan perahu tersebut. Melalui kajian ini juga evolusi pembuatan perahu panjang dapat dikenal pasti. Kajian terhadap bahan-bahan yang digunakan untuk membuat perahu juga penting kerana bahan yang digunakan merupakan penentu daya kekuatan sesebuah perahu. Melalui kajian ini,penggunaan bahan-bahan untuk membuat perahu dapat diuji sejauh mana kekuatan dan ketahanan semasa digunakan.

Secara keseluruhanya, kajian ini dijalankan supaya dapat membantu masyarakat yang tinggal di hulu-hulu sungai Sarawak. Penghasilan sebuah perahu yang tahan dan kuat untuk digunakan di air yang berstruktur batu dan baralur deras amat penting kepada mereka. Hal ini juga, secara tidak lansung dapat mengurangkan kes kemalangan melibatkan pengguna perahu panjang.

Masalah Kajian
1.Peningkatan kes kemalangan dan kematian melibatkan penggunaan perahu panjang Sarawak .
Kes kemalangan dan kematian melibatkan penggunaan perahu panjang Sarawak semakin meningkat . Hal ini harus dipandang serius dan jalan penyelesaian perlu diambil untuk menggurangkan kejadian kemalangan daripada berlaku . Kes seumpama ini kerap berlaku di bahagian kapit,Sarawak (sumber dari Balai polis Kapit ) .
2.keadaan geografi hulu sungai Sarawak yang berbukit , aliran air deras dan keadaan yang berbatu.
Sarawak mempunyai kawasan yang berbukit-bukau , ini secara tidak lansung akan mempengaruhi struktur sungai . Sungai-sungai di Sarawak mempunyai alur air yang deras dan berbatu-batu besar . Perahu yang tidak kukuh dan tidak selamat tidak dapat digunakan di. digunakan di sungai-sungai yang berbahaya ini . Penduduk kampung yang tidak mempunyai alternatif lain terpaksa menggunakan sungai-sungai tersebut sebagai jalan pengangkutan unutk keluar ke bandar . Keadaan ini menyulitkan lagi apabila tiba musim tengkujuh di mana aliran air bertambah deras. Perahu panjang yang hanya bergantung pada enjin berkuasa kecil tidak mampu melawan air deras dan risiko untuk melanggar batu besar amat tinggi.
Sungai di hulu kapit yang berstruktur batu besar dan beralur deras(pelagus,kapit)
3.Struktur perahu panjang yang tidak kukuh dan mudah pecah.
Rata-rata perahu panjang di Sarawak diperbuat daripada kayu. Struktur kayu akan mudah pecah apabila berlaku pelanggaran dengan batu besar. Lebih menyulitkan lagi struktur geografi di hulu sungai Sarawak yang berbatu dan beralur deras lebih menyulitkan lagi. Kejadian perahu karam sering berlaku apabila badan perahu pecah akibat pelanggaran dengan batu.Kajian mengenai struktur perahu amat penting untuk menguatkan lagi supaya tidak mudah pecah apabila berlaku pelanggaran.

 Objektif Kajian
1.Mengkaji struktur dan cara pembuatan perahu di Sarawak.
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji proses pembuatan perahu panjang Sarawak . Hal ini penting untuk menghasilkan sebuah perahu yang tahan dan selamat . Perahu panjang Sarawak telah digunakan sejak bertahun lama dahulu dan proses pembuatannya telah dibawa turun-temurun . Kajian ini juga dapat membantu mengenal pasti evolusi pembuatan perahu panjang dari zaman terdahulu . Melalui kajian ini perbandingan di antara cara pembuat di beberapa buah kawasan yang berbeza seperti di sekitar kawasan hulu Kapit, hulu Lubok Antu, Lingga dan Sri Aman dapat dilakukan. Melalui itu dapat dipastikan sama ada proses untuk menghasilkan sebuah perahu di kawasan yang berbeza sama ataupun tidak. 
2.Menganalisa bahan-bahan yang digunakan dalam pembuatan perahu di Sarawak.
Pembuatan perahu di Sarawak amat tinggi terutama di hulu sungai. Kajian ini dijalankan adalah untuk menganalisa bahan-bahan yang digunakan oleh penduduk tempatan ataupun pembuat perahu untuk menghasilkan  sebuah perahu. Ketahanan sebuah perahu juga bergantung dengan bahan-bahan yang digunakan. Perbezaan kawasan juga dapat mempengaruhi bahan yang digunakan untuk membuat perahu. Melalui kajian ini kepengunaan bahan-bahan untuk membuat perahu di kawasan berbeza dapat dianalisa.
3.Mereka cipta semula perahu panjang Sarawak agar lebih tahan dan selamat .
Kes kemalangan melibatkan perahu panjang Sarawak semakin meningkat . Sesetengah daripada kemalangan tersebut maelibatkan kematian . Perahu panjang yang sedia ada tidak dapat menjamin keselamatan pengguna . Bahan utama untuk menghasilkan perahu panjang iaitu kayu tidak menpunyai ketahanan yang kuat . Ini ditambah lagi dengan pengunaan getah kayu hutan sebagai penyambung bahagian kayu . Hal ini membuatkan ketahanan perahu panjang tersebut tidak terjamin apabila berlanggar dengan batu ataupun ombak kuat . Pemilihan bahan yang sesuai untuk menghasilkan perahu panjang amat penting untuk menghasilkan sebuah perahu panjang yang tahan dan selamat .

Kajian Literatur
Dalam kajian ini saya telah merujuk kepada buku woodworking for the beginer yang dikarang oleh R.J. De Christoforo . Melalui buku tersebut beliau telah mendedahkan bagaimana cara untuk menghasilkan sebuah produk daripada kayu . R.J. De Christoforo mendedahkan jenis-jenis kayu dan addiktif yang sesuai untuk penyambugan . Melalui buku ini cara ataupun addiktif yang sesuai untuk penyambungan bahagian perahu dapat dikenal pasti . Selain daripada itu juga dalam buku Tradisonal Furniture Project yang ditulis oleh The Taunton Press juga menerangkan beberapa jenis kayu dan addiktif yang sesuai . Selain itu juga , di dalam buku tersebut juga menerangkan bahan yang sesuai untuk menyalut bahagian kayu supaya tahan dengan air dan tidak mudah reput . Di samping itu juga , dalam buku yang ditulis oleh Rob Thompson yang berjudul Product and Funiture Design juga menerangkan dengan lebih lanjut berkenaan teknologi penyambungan bahan . Beliau juga ada menulis berkenaan dengan teknologi untuk proses pembuatan . Ini amat penting untuk menghasilakan sebuah perahu panjang yang lebih tahan dan lebih selamat .  
Selain daripada itu juga dalam buku yang ditulis oleh Daniel  F.Cuffaro yang bertajuk Process, Material , and Measurements juga ada menerangkan mengenai bahan-bahan untuk membuat produk . Di samping itu juga beliau ada menerangkan berkenaan beberapa proses-proses rekaan . Ini amat penting sebagai panduan untuk menghasilkan perahu panjang yang lebih bagus . Di dalm buku tersebut juga ada menerangkan tentang ergonomik dalam pembuatan produk . Ini dapat membantu supaya perahu panjang yang dihasilkan seimbang apabila digunakan dalam melawan arus yang deras .
Selain daripada itu juga,Christiane Sauer dalam bukunya yang bertajuk New Material Sourcebook for Architecture and Design telah menerangkan bahan-bahan baru untuk digunakan dalam pembuatan sesebuah produk . Melalui buku ini , kajian tentang bahan baru yang boleh digunakan dalam membuat perahu panjang dapat dilakukan . Perbandingan bahan yang sedia ada dengan bahan baru dapat dilakukan . Hal ini penting kerana bahan pembuatan mempengaruhi daya ketahanan , kualiti dan keselamatan sesuatu  produk .

Metodologi Kajian  
Dalam kajian ini, kaedah yang digunakan ialah kaedah kualitatif dan kuantitatif.
Kualitatif
Melalui kualitatif , sumber dapat diperolehi dengan menjalankan temu ramah dengan penduduk kampung , pembuat perahu panjang , dan antara  mangsa kemalangan perahu panjang yang terselamat .
Kuantitatif
Dalam kaedah ini pula , sasaran kajian adalah penduduk kampung di hulu sungai yang masih aktif dengan penggunaan perahu panjang .

Kesimpulan
Perahu panjang amat penting dalam kehidupan penduduk di hulu sungai Sarawak . Ia merupakan satu-satunya sistem penganggkutan yang ada . Namun begitu statistik kes kemalangan semakin meningkat melibatkan perahu panjang . Oleh yang demikian perahu panjang Sarawak harus dikaji semula dari segi bahan,bentuk dan tahap keselamatannya.

Rujukan
Bibliography
Chater, W. (1994). Sarawak Long Ago. kuala lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Christoforo, R. D. (1993). woodworking for beginners. united state of america: McGraw-Hill.
F.Cufforo, D. (2006). process,material, and measurement . united states of america: Rockport Publisher.
press, t. t. (1991). a fine woodworking book. united states: group west.
Sauer, C. (2010). made of. berlin: gestalten.
Thompson, R. (2011). product and furniture design. united kingdom: Thames & Hudson ltd.
Ismail Ahmad (1999).Pengangkutan di Air Dalam Masyarakat Melayu . Dewan Bahasa dan Puataka .
Brewer,Edwards S (1994).Understanding Boat Design. International Marine .
Franklin Simon (2010). Risk Assessment for River Transport: Kuching Express Boat Passenger Terminal (Maintenance & Utilization). Universiti Malaysia Sarawak.