Kajian Literatur
Dalam
kajian ini saya telah merujuk kepada buku woodworking for the beginer yang
dikarang oleh R.J. De Christoforo . Melalui buku tersebut beliau telah
mendedahkan bagaimana cara untuk menghasilkan sebuah produk daripada kayu .
R.J. De Christoforo mendedahkan jenis-jenis kayu dan addiktif yang sesuai untuk
penyambugan . Melalui buku ini cara ataupun addiktif yang sesuai untuk
penyambungan bahagian perahu dapat dikenal pasti . Selain daripada itu juga
dalam buku Tradisonal Furniture Project yang ditulis oleh The Taunton Press
juga menerangkan beberapa jenis kayu dan addiktif yang sesuai . Selain itu juga
, di dalam buku tersebut juga menerangkan bahan yang sesuai untuk menyalut
bahagian kayu supaya tahan dengan air dan tidak mudah reput . Di samping itu
juga , dalam buku yang ditulis oleh Rob Thompson yang berjudul Product and
Funiture Design juga menerangkan dengan lebih lanjut berkenaan teknologi
penyambungan bahan . Beliau juga ada menulis berkenaan dengan teknologi untuk
proses pembuatan . Ini amat penting untuk menghasilakan sebuah perahu panjang
yang lebih tahan dan lebih selamat .
Selain
daripada itu juga dalam buku yang ditulis oleh Daniel F.Cuffaro yang bertajuk Process, Material ,
and Measurements juga ada menerangkan mengenai bahan-bahan untuk membuat produk
. Di samping itu juga beliau ada menerangkan berkenaan beberapa proses-proses
rekaan . Ini amat penting sebagai panduan untuk menghasilkan perahu panjang
yang lebih bagus . Di dalm buku tersebut juga ada menerangkan tentang ergonomik
dalam pembuatan produk . Ini dapat membantu supaya perahu panjang yang
dihasilkan seimbang apabila digunakan dalam melawan arus yang deras .
Selain
daripada itu juga,Christiane Sauer dalam bukunya yang bertajuk New Material
Sourcebook for Architecture and Design telah menerangkan bahan-bahan baru untuk
digunakan dalam pembuatan sesebuah produk . Melalui buku ini , kajian tentang
bahan baru yang boleh digunakan dalam membuat perahu panjang dapat dilakukan .
Perbandingan bahan yang sedia ada dengan bahan baru dapat dilakukan . Hal ini
penting kerana bahan pembuatan mempengaruhi daya ketahanan , kualiti dan
keselamatan sesuatu produk .
No comments:
Post a Comment